Dalam keghairahan rakyat Malaysia di’ambang menyambut kedatangan tahun baru 2012 semalam,lain pula terjadi di perkarangan Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI,di’mana Mahasiswa mengadakan sebuah perhimpunan tanpa izin daripada pihak berkuasa.Ekoran daripada perhimpunan ini Polis telah menahan 17 pelajar termasuk seorang pelajar perempuan
UPSI 11 TRAGEDI BERDARAH PERHIMPUNAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UPSI 1 JANUARI 2012
Dalam pada itu,Ketua Polis Perak, Timbalan Komisioner Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, majoriti pelajar yang berdemonstrasi itu adalah dari Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Management and Science University (MSU). Katanya, hanya dua pelajar yang ditahan dalam kejadian itu – Adam Adli Abdul Halim dan pelajar perempuan tersebut dari UPSI.
upsi TRAGEDI BERDARAH PERHIMPUNAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UPSI 1 JANUARI 2012

Adam Adli
Adam Adli adalah pelajar yang bertanggungjawab menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan dataran PWTC baru-baru ini.
Kumpulan pelajar yang ditahan itu katanya sudah tentulah bertindak cuba melepaskan diri apabila polis menyerbu dan itu mungkin ditafsirkan sebagai berlakunya pergelutan dan kekasaran.
Suasana pada perhimpunan tersebut menjadi tegang disebabkan berlaku pergelutan di’antara pelajar dengan pihak polis yang cuba meleraikan perhimpunan tersebut,anda boleh saksikan detik cemas perhimpunan UPSI pada video di’bawah