salam

Jumaat, 23 Disember 2011

DUIT BARU MALAYSIA AKAN DIKELUARKAN PADA JULAI 2012


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.

New Money Malaysia 3 DUIT BARU MALAYSIA AKAN DIKELUARKAN PADA JULAI 2012
Kakitangan Bank Negara,menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan

New Money Malaysia 2 DUIT BARU MALAYSIA AKAN DIKELUARKAN PADA JULAI 2012
New Money Malaysia 1 DUIT BARU MALAYSIA AKAN DIKELUARKAN PADA JULAI 2012
Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
duit baru Malaysia1 DUIT BARU MALAYSIA AKAN DIKELUARKAN PADA JULAI 2012

Lebih lanjut mengenai konsep,ciri keselamatan,tema dan pengenalan mata wang Malaysia yang baru ini anda boleh tonton video dibawah.Dalam pada itu Wang syiling baru 2012 denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.

duit rm50 297x300 DUIT BARU MALAYSIA AKAN DIKELUARKAN PADA JULAI 2012
Tetapi saya keliru tentang penyebaran note RM50 di’internet seperti gambar di’atas yang dikatakan rupa baru duit RM50 tahun 2012,Menurut sumber, ada yang mengatakan note RM50 ini hanyalah untuk memperingati ataupun sebagai kenang-kenangan kejayaan Malaysia yang menjadi tuan rumah pada Sukan Komanwel tahun 1998 yang lalu dan bukanlah untuk digunakan sebagai duit rasmi.


Selasa, 20 Disember 2011

ARIFF ALFIAN ROSLI MASIH ISLAM



Encik Nakal ARIFF ALFIAN ROSLI MASIH ISLAM
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” Itulah petikan kata-kata Ariff di media Ireland, IrishTimes.com
Tindakbalas kenyataan ini  juga adalah bertujuan untuk menafikan bahawa dirinya telah di’katakan memeluk agama lain oleh pihak tertentu.

Ariff 1 ARIFF ALFIAN ROSLI MASIH ISLAM
Lanjutan dari apa yang di’beritakan dalam laman tersebut,Ariff juga menidakkan laporan kehilangan dirinya seperti  apa yang telah di’beritakan oleh media tempatan sebelum ini
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,”
ariff alfian rosli 300x204 ARIFF ALFIAN ROSLI MASIH ISLAM
Namun begitu Ariff enggan mengulas lanjut,apabila di’tanya mengenai perkahwinan sejenis yang sedang hangat diperkatakan,ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang menunjukkan upacara majlis perkahwinan sejenis yang melibatkan seorang pemuda melayu yang lengkap memakai pakaian tradisional Malaysia dengan seorang lelaki  luar negara dipercayai dalam sebuah gereja yang telah tersebar meluas di’Internet baru-baru ini.
Dalam pada itu,Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dirinya tidak berniat langsung untuk mencetuskan kontroversi yang menarik perhatian masyarakat umum dan juga tidak mahu melibatkan pihak lain,khususnya keluarganya di Malaysia.

Renungan bersama
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.Jadi sebagai seorang  yang mengakui dirinya muslim haruslah berpegang teguh dengan apa yang di’syariatkan oleh agama Islam.

Isnin, 19 Disember 2011

Lagi Foto Perkahwinan Gay Ariff Alfian+Video




Ada 15 gambar kesemuanya..
latest pic akan diupdate soon..

Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.(web server telah ditutup kerana kontroversi ini,apapun video mereka ada di youtube)

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan

Video http://www.youtube.com/user/biggayweddingprojec

Ahad, 18 Disember 2011

Pemuda Melayu Kahwin Sejenis Bekas Pelajar Tajaan Petronas


Petaling Jaya: Seorang pemuda Melayu yang mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing tersebar di dalam sebuah laman web didakwa merupakan bekas pelajar tajaan Petronas.

Lebih mengejutkan, pemuda berusia lingkungan 20-an itu juga adalah tokoh pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2001.

Menurut maklumat yang disiarkan di beberapa blog hari ini, pemuda tersebut didakwa mendapat tajaan daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Dia dihantar ke UK untuk membuat A Level sebelum mengikuti pengajian praklinikal di Universiti College Dublin (UCD) pada 2003.

Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan.

Semalam, penduduk di negara ini digemparkan dengan majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara di mana seorang pemuda memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Akhbar pada Ahad melaporkan pemuda tersebut yang dilaporkan hilang oleh keluarganya disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam.

Menurut Ramli yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran pemuda itu di negara tersebut sejak dia masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.



gambar Perkahwinan Ariff Alfian Rosli kini menjadi pasangan suami-suami apabila berkahwin dengan Jonathan di Dublin, Ireland.





Kata kata cinta

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Jumaat, 16 Disember 2011

Perbandingan Enjin Proton Exora CFE Dengan Pesaing Lain



20111214-195613.jpg
Proton Exora CFE yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan menggunakan enjin Campro Turbocharge Proton yang dipanggil CFE. Menurut sumber, CFE adalah kependekan untuk ‘Charge Fuel Efficiency’ dan bukan ‘Enhancement’ seperti sebelum ini. Enjin ini mempunyai kuasa kuda maksimum 138hp pada 5000rpm dan Tork maksimum 205Nm dari 2000-4000rpm. Daripada graf dyno, jelas tork maksimumnya jelas lebih cepat diperoleh berbanding enjin 2.0liter beraspirasi normal atau NA.
20111214-200125.jpg
Penggunaan bahanapi juga boleh dipuji dengan lebih kurang sama dengan enjin 1.8L Nissan Grand Livina dan juga Toyota Innova. Namun Toyota dengan teknologi VVT-i dan Nissan dengan CVTC mempunyai kelebihan dari segi kawalan valve berterusan berbanding CFE.

Brochure Proton Exora Bold



20111215-194336.jpg
Brochure Proton Exora Bold kini sudah berada di internet menjelang pelancarannya esok. Sumber brochure diambil dari blog funtastickodesign. Memang begitu mengagumkan Exora Bold ini dengan aksesori, praktikaliti dan yang paling penting keluasan ruang dalamannya begitu menakjubkan.
20111215-194721.jpg
20111215-194750.jpg
20111215-194827.jpg
Enjin CFE hanya ditawarkan untuk varian Premium CVT sahaja. Pelbagai aksesori menarik dan sama kelas dengan kereta global seperti skrin kamera undur pada room mirror dan electric auto folding mirror untuk lebih elegan dan space saver.
20111215-195203.jpg
Untuk kotak CVT nya pula, terdapat fungsi SAT atau stepped automatic transmission untuk rasa seperti automatik biasa. Memang inilah produk sendiri terbaik dari Proton. Syabas!

Spy Shots Proton Persona R di Trek Ujian Proton



20110728-091628.jpg
Proton Persona R, model yang akan menggantikan model Persona sekarang dan juga model global pertama Proton dijumpai sedang diuji di trek ujian Proton oleh cbt.com.myketika sesi media Saga FLX.
20110728-092205.jpg
Masih banyak tape yang dilekat pada badan Persona R ini dan nampak rekaan yang biasa sahaja. Namun rekaannya mungkin secantik model konsepnya iaitu Proton Aspire atau Tuah.
20110728-092516.jpg
Persona R bakal dikeluarkan oleh Proton pada awal 2012 dengan ciri2 menarik seperti enjin VVT turbocharged, kotak gear CVT, ciri keselamatan dengan ABS, EBD, ESP, TC dan banyak lagi. Tak sabar menantikan kemunculan kereta terhebat Proton ini.

Proton Exora Bold Dalam Kelasnya Tersendiri



Proton Exora Bold telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini. Pihak Proton akan mengadakan ‘Proton 4 U Day’ bermula hari ini hingga 18 Disember dengan terdapat door gift untuk mereka yang membuat pandu uji model Exora Bold. Gambar-gambar Exora Bold ini telah diambil dari blog prodas.wordpress.com dari Proton Edar Pontian. Bagi admin, Proton Exora Bold merupakan produk terbaik dari Proton setakat ini yang dibangunkan sendiri. Paling jelas adalah enjinnya yang menggunakan enjin turbocharged yang dipanggil CFE menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork sama seperti enjin 2.0 liter beraspirasi normal. Ianya juga menggunakan kotak gear CVT dengan fungsi SAT atau Stepped Auto Transmission.
Side profilenya juga lebih menarik dengan penambahan skirting keliling baru. Skirting sisinya mungkin carry over dari Exora MC namun gabungan skirting bumper depan dan belakang yang baru dapat mengubah dan memberi kesegaran baru kepada rupabentuknya. Rekaan rim baru 16 inci juga tidak mengecewakan.
Bahagian belakangnya pula nampak lebih kurang sama kecuali skirting bumper belakang yang baru dan lampu combination dengan cover jenis smoked. Bagi admin, licence plate atau backdoor garnish tidak perlu untuk terlalu besar cukup untuk kawasan licence plate sahaja. Juga wiper belakang jika ‘mount’ pada cermin belakang mungkin nampak lebih ‘solid’ dan menawan seperti Grand Livina.
Banyak juga aksesori kereta mewah seperti kerusi, stereng dan door trim balutan kulit.Konsol tengah juga match dengan warna instrumen panel. Instrumen panel Exora amat praktikal dan OK tetapi ‘built quality’ nampak tidak begitu baik terutamanya gap yang tidak konsisten pada airbag cover, compartment atas dan glove box.
Satu lagi aksesori menarik pada Exora Bold adalah skrin reverse kamera yang terletak pada center mirror dan jika kita ingat, ianya adalah sama seperti yang ada pada model KIA Forte. Bagi admin, secara keseluruhan, Exora Bold CFE adalah satu ‘breakthrough’ teknologi untuk kereta buatan nasional dan pencapaian ini amat membanggakan rakyat negara kita. Kita harap, dengan pengenalan teknologi canggih sebegini, jaminan kualiti bina dalam perlulah seiring supaya dapat meningkatkan imej Proton. Sila teruskan bacaan untuk lihat galeri Proton Exora Bold CFE.
Harga tentative OTR Exora Bold
Exora 1.6 standard MT -RM 59998.
Exora Bold 1.6 exe MT – RM 70998
Exora bold 1.6 exe AT – RM 74998
Exora bold 1.6 premium cvt – 79998
Prime 1.6 premium -RM 88998

Ahad, 11 Disember 2011

Zivilia Band - Aishiteru Lyrics

Spyshots Proton P3-21A Di Lebuhraya Karak



20111206-222217.jpg
Proton P3-21A, model global pertama Proton dijumpai oleh pembaca blog paultan sedang melakukan ujian halaju tinggi di lebuhraya Karak. Unit kali ini masih lagi bertampal tape namun lampu belakangnya agak sedikit terbuka. Apa pun bahagian hadapannya sudah kita ketahui pada spyshots gambar sebenar P3-21Asebelum ini.
20111206-223030.jpg
Dari gambar kedua ini dapat jelas kita perhatikan penumpang hadapannya dan jika perhatikan, kepala pemandu dan penumpang hampir mencecah roof liningnya. Apakah model ini juga masih mempunyai roof yang rendah seperti model-model mereka sebelum ini? Diharap ini hanyalah mainan mata admin dan diharap model ini mempunyai ‘seating position’ yang baik tidak seperti model Persona sekarang. Side mirrornya juga nampak lain sedikit dari Persona mungkin ada option auto retractable untuk model ini.
20111206-223448.jpg
Apa pun tak banyak yang boleh kita katakan dengan spyshots kali ini. Kita tunggu lagi sehingga ada spyshots yang lebih jelas untuk maklumat lebih lanjut lebih-lebih lagi untuk rekaan dalamnnya.

Proton Exora Bold Sedang Diangkut Ke Showroom



20111210-032537.jpg
Proton Exora Bold yang juga dikenali sebagai sebagai Exora Turbo sebelum ini ditangkap sedang diangkut ke showroom oleh blog paultan.org. Gambar menunjukkan sebuah kereta untuk test drivw dengan pelekat ‘CFE Inside’. Menurut sumber, CFE adalah kependekan untuk ‘Charged Fuel Enhancement’ satu terma baru untuk enjin turbo Proton. Juga dipetik bahawa enjin turbonya adalah menggunakan sistem IAFM dan suntikan terus bahanapi atau direct injection. Tidak pasti samada ada fungsi VVT atau tidak pada enjin ini. Kuasa yang dijana enjin ini adalah sebanyak 138hp dan tork sebanyak 205Nm seawal 2000rpm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear CVT Punch Motive. Juga perubahan untuk Exora ini adalah seperti di bawah:
1st -reverse camera – small screen on room mirror
2nd – auto flip side mirror
3rd – new version dvd player
4th – 5 pcs of 16″ sport rim
5th – new comb meter scheme with 240km/h speed meter
6th – new colour scheme for interior trim part
Bagi admin, Exora Bold ini cukup berbaloi untuk dibeli berdasarkan pakej yang ditawarkan. Enjin turbo sudah boleh dikatakan sepadan dengan enjin sejenisnyab seperti Ford Ecoboost dan sebagainya. Diharap enjin ini lebih smooth dengan ‘calibration’ untuk padanan gearbox CVT dibuat dengan lebih teliti. Harganya dikatakan RM6 ribu lebih mahal daripada model Hi-Line sedia ada sekarang. Syabas Proton!