Encik Nakal ARIFF ALFIAN ROSLI MASIH ISLAM
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” Itulah petikan kata-kata Ariff di media Ireland, IrishTimes.com
Tindakbalas kenyataan ini  juga adalah bertujuan untuk menafikan bahawa dirinya telah di’katakan memeluk agama lain oleh pihak tertentu.

Ariff 1 ARIFF ALFIAN ROSLI MASIH ISLAM
Lanjutan dari apa yang di’beritakan dalam laman tersebut,Ariff juga menidakkan laporan kehilangan dirinya seperti  apa yang telah di’beritakan oleh media tempatan sebelum ini
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,”
ariff alfian rosli 300x204 ARIFF ALFIAN ROSLI MASIH ISLAM
Namun begitu Ariff enggan mengulas lanjut,apabila di’tanya mengenai perkahwinan sejenis yang sedang hangat diperkatakan,ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang menunjukkan upacara majlis perkahwinan sejenis yang melibatkan seorang pemuda melayu yang lengkap memakai pakaian tradisional Malaysia dengan seorang lelaki  luar negara dipercayai dalam sebuah gereja yang telah tersebar meluas di’Internet baru-baru ini.
Dalam pada itu,Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dirinya tidak berniat langsung untuk mencetuskan kontroversi yang menarik perhatian masyarakat umum dan juga tidak mahu melibatkan pihak lain,khususnya keluarganya di Malaysia.

Renungan bersama
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.Jadi sebagai seorang  yang mengakui dirinya muslim haruslah berpegang teguh dengan apa yang di’syariatkan oleh agama Islam.