Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang
Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
Kakitangan Bank Negara,menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan
Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
Lebih lanjut mengenai konsep,ciri keselamatan,tema dan pengenalan mata wang Malaysia yang baru ini anda boleh tonton video dibawah.Dalam pada itu Wang syiling baru 2012 denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.
Tetapi saya keliru tentang penyebaran note RM50 di’internet seperti gambar di’atas yang dikatakan rupa baru duit RM50 tahun 2012,Menurut sumber, ada yang mengatakan note RM50 ini hanyalah untuk memperingati ataupun sebagai kenang-kenangan kejayaan Malaysia yang menjadi tuan rumah pada Sukan Komanwel tahun 1998 yang lalu dan bukanlah untuk digunakan sebagai duit rasmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan